Friday, June 26, 2009

TRANSFORMERS - Revenge of the Fallen

Posted by adex-aieda at 2:33 PM 2 comments



aku mmg giler suka citer ni weih...
kalau yg first dulu aku tgk kat panggung 3 x...
kali ni entah eik...sebab dh ada anak...
dulu xder anak....
tp mmg rugi r kalau x tgk kat panggung...

Tuesday, June 23, 2009

eppy "papa" day....

Posted by adex-aieda at 4:38 PM 0 comments


eppy fathers day....
xder hadiah yg istimewa pon leh mamy bg kat papa tahun nih...
sebab mamy rasa tahun lepas mamy dah bg hadiah yg begitu istimewa utk papa...2 org puteri...tahun nih...mamy xleh lah nak bg lagik...
sebab budget kan...kita cuba lagi tahun depan eik papa...

gambo2 ni semua masa g bercuti kat cameron highlands...
masa tuh...penat ngan jalan jem lagik...
habis minyak2 muka papa...heheheh...
pehtu gambo papa tolak bebudak 2 ni keliling umah....
penat woooo...umah nenek tu naik turun bukit...

buat papa...mohamad azhokhi bin abdul rahman....
semuga jadi papa yg bertanggungjawab...
penyayang....buleh tegas...tp jgn garang kat anak2 mamy eik...
hanya mamy je yg buleh marah depa berdua nih...
papa x buleh....

Rejab datang lagik....

Posted by adex-aieda at 1:39 PM 3 comments
esok 1 rejab 1430H..
aku suka bulan rejab ni...
sebab aku x penah lupa utk berpuasa di bulan rejab..
cuma tahun lepas..bulan rejab tu aku dlm pantang...
so..xlehlah nak berpuasakan...


19 rejab ni juga usia perkahwinan aku jejak 5 tahun...
sekejap je masa berlalu...
selalu org dok asyik ingat date yg biasa...
tp.. aku tetap ingat gak date bulan Islam...

so...mmmg tetiap tahun aku ingat & wish utk diri sendiri...
setiap 19 rejab....04 september....
bulan rejab pon byk kebaikannyer....

ni ada aku copy dr email akuk...fadhilat kebaikan bulan Rejab...

meh r kekwan yg dalam kesihatan yg baik...

sama2lah kita berpuasa di bulan rejab eik...semuga doa kita akan dimakbulkan...insyaallah...

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.


Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Kelebihan lain bulan Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
Israk dan Mikraj (27 Rejab)
Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


DOA BULAN REJAB:


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.

INSYAALLAH......

Friday, June 19, 2009

testing

Posted by adex-aieda at 4:38 PM 2 comments


n3 ni khas buat sorg kawan mamy....
yg banyak membantu mamy dlm dunia blogging...
thanks eik my dear frenz....
mmmmuuuaaaahhhhh...

tukar susu...

Posted by adex-aieda at 8:02 AM 6 comments

now..

anak2 mamy pon dah setahun kan...

waktu utk tukar susu...

mamy malas nak pilih2 susu lagik...

takot jadi macam dulu...poo-poo depa keras...

kene sembelit....sian mamy tgk anak2 mamy tuh...

so..mamy decide ngan papa xmo tukar susu jenama lain...

teruskan je ngan mamil gold nih..

kalau dulu mamex gold kan....1.5kg = RM106.90....

kali ni 1.6kg = RM76.90....

alhamdulillah,...poo-poo depa cam besa jerk...

xder masalah...

memula tuh mamy buat ikot nasihat kwn2 mamy kat forum...

kalau nak tukar susu... buat slow2...

2 scoop susu lama + 2 scoop susu baru...

lepas tuh tgk xder apa2 jadi...

mamy pon tukar jelah terus susu baru...

susu ni pon okkan....?

Thursday, June 18, 2009

Award pulak!!

Posted by adex-aieda at 9:18 PM 0 comments

award ni...mamy dapat lama dah....cantekkk...
heheheh...so sorry mummy miqhael's....
mamy baru ada masa nk update award nih....



Beautiful..Chanteq..hehe i'm not preety but sooo sweet..hehe ..
..beautiful gils..

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
-
of coz ler mamy ni pompuan kan

2. Copy badge sebagai award anda
- sudah

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan.
- adoiiii...sebab nak jawab menjawab soalan la ni...
yg buat lambat skit mamy nak buat..


Saye bangge menjadi seorang perempuan kerana :

1) istimewa jadi perempuan? kenapa eik....
mestilah dapat jadi seorang isteri..sekaligus dapat jadi mamy...yg begitu byk pancaroba harus ku tempuh..bukan senang tau aku nak dapat title mamy nih...

2) Sama ngan mummy miqhael's eik..Syurga itu letaknye di bawah telapak kaki ibu....mane ade kat lelaki kan...

3) perempuan kan suka melawa...bnyk brg kecantikan utk pompuan senang nk dpat sekarang nih...barang utk lelaki..susah skit...

4) sama ngan mummy miqhael's jugak...suka "SHOPPING"...sbb lelaki biasenye tak suke shopping2 ni...pempuan pantang nampak bende"SALE"..hehe

5) Dalam sebulan pompuan leh rehat dr semayang....paling2 pun 7 hari...free je kan...lelaki mane ade..(ni pon sama ngan mummy miqhael)..

6) Perempuan leh make up cantik2...glamour2...gorgeous2..pinky2...blink2..kalau lelaki buat mesti org pandang len macam..lainlah kalau lelaki tu artis kan....

7) Akhir sekali, Hamba Allah yang sentiase akan dilindungi, disayangi, dicintai oleh kaum Adam...insyaAllah....


lastly, aku bangge sgt menjadi seorg perempuan...
yg bernama...NORSA'IDAH BTE HAMDI...
seorang anak kepada HAMDI BIN AHMAD & SITI ASIAH BTE ROHANI...
seorang isteri kepada MOHAMAD AZHOKHI BIN ABDUL RAHMAN...
seorang mamy....(seorang kerkk)...
kepada 2 org puteri kembar yg chubby....
NUR SYASYA ATHIRAH & NUR SYAZA ATHIQAH....


Turn nak bagi award nih plak kepada:
nak bg saper eik...sebenarnya award ni sempena hari ibu dulu..dah aku baru ada masa nih...rasanyer x payahlah eik nak bg sesaper...
kalau ada kekwan yg nak amik...
amik ajelah eik...

award n award

Posted by adex-aieda at 9:05 PM 0 comments




award ni dari mama daniel....a.ka. matun....
thanks eik...lama dah bru nak amik award nih...













ni plak...dari mummy kyra amanda....a.k.a ieda..
sebenarnya dia bg 1 jerk...
mamy yg gatai nak amik banyak2 award yg ada kat blog dier...

we're turning one...

Posted by adex-aieda at 2:17 PM 5 comments
baru ada masa nak citer pasal beday party ari tuh...
3 hari sebelom party....10 jun 09...
baba a.k.a pakcik aku meninggal dunia...sakit buatan org..
aku pon balik johor...sekarahngkan musim durian...
so mungkin byk sangat makan durian...
lama seih aku x makan..since peknen kan si kembar...
sampailah si kembar ku setahun baru leh mkn durian...
x terasa dah banyak aku makan....

so malam sebelom tu aku dah rasa cam nak batok...
tp ku buat x tau..x sangka plak...
bangun pg tu dada rasa sakit sangat...
nak bernafas pon xleh..ingatkan buleh bertahan...
upenyer....tgh majlis nak mula...
aku ke Gombak Medical Center.....amik neb...
baru rasa lega skit...doc cakap athma aku menyerang...
then BP plak tinggi..dia suh stay kat wad..
tp aku pon ckplah aku ada majlis beday si kembar..
then dia pon ckp...balik dulu..kalau rasa x ok...
dtg balik....malamnyer...lepas majlis berakhir...
aku langsung dah xleh bangun....

ni ler hasil kek Baker's Cottage....
nak ruper 1...tpi macam uper 1 x...aci x...
x baper puas hati...tp...tgh demam kan...malas nak bising2...
cupkek tu hasil tangan aku ngan kakak akuk....






masa ni rasa dah pitam sangat...tapi ku kuatkan hati....
utk anak tercenta....dr oren ku tukar ke merah daaaaa.....



ni ler hadiah2 utk si kembar...ada yg x sempat nak snap....
terima kasih utk semua...
ada yg bg baju....sama warna...ada yg lain2 warna...
adoiiii....dr depa kecik..sampai la nih,...
depa x penah pakai baju lain2 warna...
so terpaksalah aku mencari lain....

then yg bg hadiah 1 lain...1lagi lain...pon masalah utk aku..
sebab depa berebut plak...
nasib baiklah mainan tu senang juga utk dicari...
apa2 pon... terima kasih banyak....
mamy sungguh hargai kawan2 mamy yg sungguh susah payah...
sanggup datang dr jauh.,...tempuh jalan jem...hujan lebat lagik...
aku sayang anda semua......
harap anda semua berpuas hati dgn makanan & minuman di rumah aku itew...






antara tetamu yg sudi hadir....ada lagi sebenarnya gambar2....
kekwan opis suami ku.....kekwan opis aku?
tp hp plak tetibe kondem...adoiii...




alahai....faris daniel....naper gambo ni jd macam ni eik....
jgn mara eik.....mama daniel....




atas ni....geng forum akuk....thanks eik kakak-kakak ku....

Wednesday, June 17, 2009

PLPM...Port Dickson...

Posted by adex-aieda at 7:51 PM 3 comments













ni masa family day opis hubby aku...
Jabatan Arah Gerak Khas.... on 5 Jun to 7 Jun 09...
kat Pusat Latihan Pengaman Malaysia...Port Dickson...
x kene bayar pon..bende free..
aku pon layan kan jelah...
lagipon leh bwak si kembar ni berendam kat kolam...

tp ada citer kurang menariklah...
tempat ni sebenarnya khas utk kursus askar2 jerk.
agak tersorok...ke dalam hutan skit..so sunyi...
agak menakotkan jugak...

citer nyer macam ni eik...
malam minggu tu ada BBQ dinner kat tepi pool..
dah kenyang makan2... ada karaoke bagai..
depa ni dokle menyanyi2.. sambil makan2...
then dlm kul 9 lebeh tuh.. adik dh mula wat perangai nak tido...
aku pon suh ler bibiq bwk adik naik bilik...
then x sampai setengah jam... bibiq turun balik...
dia ckp adik nangis2.. xnak tido..tido terjaga2...
masa tuh isteri kwn aku ni dh tegur...aku pon buat x reti jerk...
aku suh bibiq bwk kakak naik plak...aku ckap...jap g akak naik...
aku tgk adik main sendiri...gelak2...pehtu dah kul 10 lebeh..
hubby aku suh bwk adik naik.. sebab nampak di gosok2 mata...
aku pon naik...masa aku nak naik tuh... bulu roma tetibe meremang ko...
tp aku baca ayat kursi.. aku tolak stroller adik...
sampai pintu bilik,,...aku bg salam...baca ayat kursi...baru masuk...
masuk bilik tgk bibiq tgh tido...then aku kejut suh basuh muka adik..
sambil selawat 3 kali....tukar pampers....bg dia tido...

agak2 dalam kul 11 gitew...ada bunyi kuat macam bende berjalan kat atas siling...
aku pon dgn bacolnyer..telah menegor bunyi tersebut...
adik terus merengek2...tunjuk pintu balkoni...takot seih...
aku sms papa depa suh balik bilik....sambil tuh...
aku pon pasang yasin kat hp tu....tepok2 dia..bg minum susu...
dia tido kejap.. pehtu nangis lagik...
dekat kul 12 papa depa nih x balik lagik...adoi...
aku call... siap marahlah kan...aku ckp adik x diam dr td.. syiokk sgt ke karaoke...

papa depa naik...aku suh basuh muka bagai...
then adik nangis lagik...aku ringkaskan citerlah eik...
sampailah kul 1 pg adik nangis...tunjuk nak g keluar...
aku pon berat hati mmg dah rasa adik ni lain macam... suh hubby aku..
panggil kwn dia yg mmg pandai dlm agama & tgk2 nih...
dia pon dtg....bilik aku...suh masuk bilik dia...
dia ckp mmg adik dh kene tegor... adoiiiiii.....takotnye mamy dik...
kalau korang tgk muka dan kekuatan adik masa tuh...
mmg korang xkan dpt bayangkan..itu adalah anak ku yg gebu..
muka naik merah....badan keras....melawan...
dekat kul 2 pagi baru ok...

then alhamdulillah... adik tido sampai pagi...
nasib baik kakak x plak ditegornyer....
itulah cerita aku masa g PD ari tuh...
esok pgnyer...masa turun breakfast...aku terus balik KL...
sebelom tu singgah umah pak ngah bebudak nih..
dia pon ceritalah...tempat tu mmg keras lagik...
setiap tingkat ada penunggunyer....
x sangka plak...terkene kat bilik aku...

tobatlah...walaupon bg tido free kat situh...
aku xkan sekali2 jejakkan kaki ke situ lagik....

Tuesday, June 16, 2009

terima kasih semua....

Posted by adex-aieda at 6:23 PM 3 comments



alhamdulillah..hari ni rasa better then semalam...
dah buleh bgun...dah buleh bwk keter..
hantar ayah aku g check up kat HKL...
walaupon tgk still gigil...tp demi ayahnda tercenta...
ku korbankan jua...

mata masih lagi dlm keadaan pening2 lalat..
xleh nak ngadap pc lelama...pusing paler...
entah kenapa mungkin 3 minggu ni aku kurang rehat...
banyak travel...penat sngt kot...
so minggu ni aku dinasihatkan utk berehat...

utk kekwan yg menunggu cerita masa beday party..
si kembar ku itew...
harap tunggu eik...x byk pon gambar yg dpt diamik...
sebab aku dlm kondisi yg tak sihat kan...
byk lagi yg nak aku ceritakan...
so tungguu...

terima kasih jua aku ucapkan utk kekwan yg sudi hadir..
sayang you all..
hadiah sungguh banyak..
si kembar x tau apa2 pon...
mamy nyer yg terlebeh excited...

tunggu eik...mamy betol2 sihat....

Saturday, June 13, 2009

LET'S PARTY....

Posted by adex-aieda at 10:34 AM 11 comments

n3 ni khas...
utk semua pembaca setia blog aku nih..(ada ke?)
semua kawan-kawan...kakak-kakak..adik-adik..
meh r datang memeriahkan lagi..
MAJLIS HARI JADI YG PERTAMA
buat si kembar ku....
x sangka masa cepat je berlalu...
free kan lah masa anda semua eik....
disebabkan beday depa ni hari jumaat...12 jun..
so adex buat beday party depa on saturday 13 jun...
tempat? of coz umah ayahanda & bonda ku...
di NO 15, JALAN SG 9/26
TAMAN SRI GOMBAK
68100 BATU CAVES, SELANGOR...
dari 3 ptg hingga 6 ptg..
theme calor: orange ceria...

p/s....kalau nak tempah invitation card/banner ni bagai..klik kat sini eik...link..thanks to kak mai..yg byk membantu...

Friday, June 12, 2009

gelagat si kembar...1 tahun sudah...

Posted by adex-aieda at 5:10 PM 3 comments
12 jun 09....eppy beday anak2 mamy...
you're turning to 1 year now....












alhamdulillah...mamy dpt tgk anak2 mamy membesar..
sihat...cergas...pintar...semakin bijak..
mau belajar sesuatu...nak makan & minum sendiri...
nak pegang sendiri.. xmo mamy or bibiq suap...
abis bibiq byk keje pehtu...
kene sapu umah byk kali...wakakakak...

jalan pon dah semakin laju walaupon...masih dplm peringkat lesen L lagik..
harapan mamy...
agar anak2 mamy ni membesar dengan baik...
sihat...dpt jadi anak yg solehah...
mamy eppy sangat...dpt tgk setiap perkembangan kakak & adik..

esok beday party depa...harap..majlis dpt berjln dgn lancar...
insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket